Semalam aku present final year project aku yang pertama. Bebudak lain siapkan slaid seminggu awal, aku mula buat slaid presentation dalam kul 11 semalam. Bila azan zohor ajak gi semayang jumaat, aku baru terhegeh2 buat system detail. Ikutkan hati, nak je aku angkut pc aku gi masjid. Sambil dengar khutbah, sambil buat slaid presentation. Bak kata orang, dunia dan akhirat perlu seimbang. kehkehkeh.
Nasib baik dekat tv1 ada siaran lansung khutbah, jadi aku dengar kat situ sambil buat slaid. Dalam 1.30 camtu, lari terkedek2 gi masjid semayang. Nasib baik khatib tu baik, dia kata
'jemaah sekalian, ayuh kita tunggu Paan datang dan kita pakat sama2 menuju ke gerbang syurga' . Aku terharu...hukhukhuk(
eh kenapa asal terharu sedih je kena hukhuk, kenapa bukan pruutpruut atau ciretciret?)
Lalu, dalam kul 2.30 tu, siaplah jugak presentation slides aku.Tarik nafas sambil buat pose bangga jap walaupun aku sorang2 kat umah.Tapi....presentation start jam 2.30. OMG..OMG!(cewah, gaya urban la kononnya bila camni.Padahal boleh je Ya Allah.Ya Allah.haih) Lalu aku dengan semangat orang cina tak mandi pagi, tapi aku basuh keti dan gosok gigi, terus melangkah maju ke Uniten.
Turn aku nombor 4.Jadi aku tak risau sangat lewat. Sampai2 baru orang kedua. Tapi baru aku teringat, aku nak merepek apa depan Dr Ong dan Dr Norashidah nanti? Dua2 dah la Assoc. Prof lak tu. Dengan 10 minit, aku merangka cepat2 buat skrip spontan. Tapi.....Slaid aku mcam kosong je. Last2, aku tengok Dr Ong suka tanya directly dengan presenter sebelum aku, jadi aku gelapkan benda2 yg aku tak tau. Cakap apa yang aku tau je.
Maka, bila tiba turn aku, dengan girangnya aku memulakan presentation dengan lafaz khatimah cinta. Cewah. Takda la. Aku terus je merepek. Suara dah ketar ketar sebab memang tak sedia lansung. Tapi act cool je. Lalu, bila ditanya soalan, aku asyik jawab dengan penuh kenafian dengan muka naif. Bila dah lepas, tiba masa untuk aku tunggu turn Muiz Gay. Kesian dia, baru slide objective project, dah kena tanya bertalu2. Aku rasa nak guling2 gelak. hahaha.
After that, aku sempat gi bilik MPP dan pinjam kayu+bola pool.Oh ye, patut aku pinjam note. Tapi aku rasa pada jam 7.00 mlm tu sempat lagi main pool, aku main la jap 15 minit ngan Aizat n geng. Jam 7.15 baru aku start study walhal jam 8mlm start exam. Takpe, hati aku berkata, Paan, dont be khuatir.
Kendatipun begitu, aku lepak jap study dengan Ustazah Hani(budak PPI yang sangat liberal. Bagi aku tengok video Wonder girl seksi tu kat laptop dia. "
Nobody, nobody like u.." cewah, sempat nyanyi tatkala setan bergelimpangan) Pastu dah study 15 minit, aku berborak dengan Ustazah Hani bertanyakan pendapat dia dari sudut Islam tentang masalah aku yang berlarutan.
Kali pertama aku dapat menghadam pendapat dia dengan begitu syahdu. Terus aku rasa tenang nak jawab exam. Perbualan dia nanti aku buat post lain la. Tak best la campur2. Lalu, aku pun rasa yakin dan confident nak jawab exam. Pas maghrib je, terus gi jawab exam. Aku ingatkan soalan boleh goreng, sekali based on fact gile2.
Lalu aku nampak Wak Dol dan Zie. Ajak dia duk depan2 hall sebelah. First sekali rancang camne nak bagi simbol2 bagi jawapan objektif. Tapi bila examiner pergi ke belakang untuk edar soalan, terus je aku bincang. Baru je 1 minit berlalu, 20 soalan berjaya dijawab. Wahahhaha. Best betul bila duduk sebelah orang yang study. Tapi bila tiba part subjektif, aku dah pening.
Soalan dia, apakah 5 peringkat krisis orang lelaki dalam kehidupan mereka?Aku dah macam, apa ni?? Soalan kepimpinan ke soalan masalah batin lelaki mati pucuk? Aku mula2 nak tulis:
Peringkat 1: Akhil baligh
Peringkat 2: Andropouse
Peringkat 3: Mati pucuk
Tapi...Aku macam tak jadi la. Terus aku tanya Zie. Zie cuak2 nak tolong aku. Last2 dia berlakon angkat2 paper. Aku tak dapat baca. Pastu dia pekatkan jawapan dia. Aku tak dapat baca lagi. Last2 die tulis besar2, baru aku dapat baca dan tiru. hahahaha. Nasib baik aku tak buat macam jawapan kat atas, mau paper aku kena koyak nanti ngan Pak Arip.
After je abis ari penuh cabaran ni, aku balik. Dah abis cite...